Pada 24 September 2014 (Rabu) Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan amat berbesar hati menerima lawatan kerja pegawai-pegawai dari Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam. Ketibaan deligasi Negara Brunei pada jam 9.00 pagi di Pusat Pemulihan Akhlak Machang telah disambut oleh PKK Muhammad Zuki Bin Muhammad Zain, Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Machang, PKP Rosdi bin Ahmad dan PP Zulkifli Bin Abdul Manah serta Pegawai-Pegawai Kanan Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan. Sesi taklimat mengenai Pusat Permulihan Akhlak Machang telah disampaikan oleh PPP Rosli bin Daud. Rombongan juga telah dibawa melawat bengkel-bengkel vokasional dan industri.
""